Ditulis oleh Zaidi Ismail (Mentor Kewangan)
Kalau nak ikutkan apa yang kita nak , kita akan mudah kecewa , sebab jarang kita dapat apa yang kita nak , tapi janji Allah itu pasti , dia tidak bagi kita apa yang kita nak tapi apa yang kita perlukan.
.
Dulu saya pun minat dan nak Siti Nurhaliza tapi Allah bagi saya mem COO Siti Nur Azahani kerana saya lebih memerlukan mem COO , mungkin pengaruh faktor usia , saya kini malas malas nak fikir apa yang saya nak , saya terima jer apa yang Allah bagi. Senang dan tenteram hidup.
.
Saya tiada kereta bukan kerana saya tidak mahu beli kereta tapi saya tiada keperluan , tahun-tahun sebelum ini lebih 200 hari dalam setahun masa saya di habiskan di luar negara. Bila masa nak bawa kereta sendiri kan ?
.
Saya tidak beli dan tinggal di rumah sendiri bukan kerana tidak mahu beli tetapi tiada keperluan untuk tinggal di rumah sendiri , lagipun rumah sewa saya seberang jalan dengan pejabat mem COO untuk mudahkan beliau berjalan kaki ke pejabat serta menyewa lebih murah dan menjimatkan masa , belum dikira tanpa kos tol dan minyak.
.
Dari dulu saya memang doa dan mohon kepada Allah supaya di permudahkan hidup saya sekeluarga, alhamdulillah sememangnya hidup saya mudah , sangat mudah kerana saya memang nak hidup saya mudah tanpa sebarang tekanan orang di sekeliling.
.
Kita yang corakkan kehidupan kita sendiri , tidak di nafikan , kehidupan saya mungkin dianggap pelik bagi kebanyakan orang , tapi lebih baik pelik dari mengikut sahaja seperti orang lain tidak ubah seperti kambing yang diternak. Ikut sahaja apa yang normal dan diterima pakai oleh masyarakat. Maaf , saya bukan kambing yang boleh di gembala sedemikian rupa.
.
Kita yang buat keputusan dari mula bangun pagi setiap hari sehinggalah kita tidur di malam harinya , saya pilih untuk menambah harta setiap hari , manakala orang lain memilih untuk menambah beban setiap hari , itu adalah pilihan masing-masing , tiada siapa yang paksa kita membuat pilihan tersebut.
.
Kalau korang rasa yang pakai kereta besar , rumah besar , isteri besar , makan besar dan sebagainya boleh membuatkan korang bahagia , silakan , tapi pada waktu yang sama jangan pula merungut dengan beban yang di tanggung.
Showing posts with label Motivasi. Show all posts

Thursday, November 5, 2015
Monday, October 26, 2015
Ulama dan Budaya Membaca
Oleh DR. ZULKIFLI MOHAMAD ALBAKRI
SENGAJA ditulis pada ruangan ini berkenaan dengan kepentingan membaca. Mudah-mudahan masyarakat Malaysia membudayakan budaya iqra dalam kehidupan harian mereka.
Di sini, disertakan mutiara kata dan hikmah oleh cendekiawan dan tokoh berkenaan dengan menuntut ilmu dan membaca.
Suatu ketika, ada seorang lelaki mengadu kepada Imam Ahmad bin Hanbal tentang perasaannya yang sedih dan kesepian, lalu Imam Ahmad berkata kepada sahabatnya: Ambil buku lalu baca!
Pernah suatu ketika, para sahabat Abdullah bin Mubarak berkata kepadanya: Kenapa kamu tidak mahu duduk dan berkumpul dengan kami? Lalu dia berkata kepada mereka: Saya lebih senang duduk dan berkumpul bersama Baginda SAW dan para sahabat (iaitu lebih senang bersama buku-bukunya), kerana setiap kali berkumpul di dalam majlis, kamu selalu mengumpat dan membicarakan orang lain.
Abdullah bin al-Amri berkata: Tidak ada sesuatu yang lebih bermanfaat dari buku.
Al-Mamun berkata: Tidak ada sesuatu yang lebih mengasyikkan dari berjalan-jalan di alam fikiran orang-orang berilmu.
Al-Jahiz berkata: Buku adalah sebaik-baik kawan penghibur tatkala kesepian dan sebaik-baik kawan di kala menyendiri.
Sesungguhnya berbual dengan kitab-kitab pada saat-saat yang panjang menanamkan air mata yang banyak berkilauan, terpancar daripadanya sungai-sungai hikmah terbelah, lalu keluar daripadanya air bayan, turun daripadanya khazanah-khazanah kecerdikan dan petikan-petikan genius.
Maka kitab-kitab adalah pintu gerbang agama dan nikmat pendidikan asal, bagi akal yang waras.
Kitab tidak mempunyai sifat mengumpat, riak, hasad dan takbur, kitab tidak mempunyai perasaan bosan, jemu, muak dan kebencian.
Kitab mengandungi hikmat yang terang benderang, pengajaran yang cemerlang, ungkapan yang fasih, metod yang betul, pandangan yang segar, khabar yang terpilih dan eksperimen yang hidup.
Dr. Aidh al-Qarni berkata: Antara buku-buku yang akan cepat mati adalah buku-buku pemikiran yang hanya bersifat karangan belaka, di dalamnya tidak tercantum nas-nas agama, penukilan, analisa mahupun pendalaman suatu bidang.
Dr. Aidh al-Qarni menyeru supaya membaca dan merenungi riwayat hidup para sahabat, tabiin, para ulama besar dan orang soleh.
Ini kerana hal sedemikian dapat menjadikan hati seseorang lembut dan tidak keras.
Francis Bacon berkata: Sedikit ilmu malah memungkinkan dapat membuat anda menjadi orang yang ateis, dan jika anda mahu memperdalam ilmu, maka anda akan beriman kepada Tuhan.
Amat baik kita meneruskan aktiviti membaca kerana terlalu banyak faedah dan manfaatnya. Dinukilkan di sini, pendapat Dr. Aidh al-Qarni melalui bukunya Beginilah Zaman Memotivasikan Kita.
Antara lain, beliau berkata: Aktiviti membaca dapat menambah ilmu, wawasan dan meluaskan lagi cakerawala pemikiran setiap orang yang mahu membaca, karya-karya orang lain dan ilmu pengetahuan mereka, maka sudah pasti pengetahuan dan wawasannya akan semakin bertambah luas dan akal fikirannya dapat berkembang, terutama jika yang dibaca adalah hal-hal yang bermanfaat.
Saya dapat merenungi pelbagai permasalahan dan pengalaman yang nampak, kerana tidak lain adalah dari membaca buku.
Daripada aktiviti membaca, saya dapat mengemukakan pelbagai hal yang menarik dan menakjubkan.
Saya dapat mengetahui pelbagai pengalaman, kejadian dan musibah yang menimpa umat manusia.
Melalui aktiviti membaca, abad-abad yang telah lalu seolah-olah digulung di hadapan saya seperti lembaran-lembaran kertas, seolah-olah bangsa yang telah lalu dikumpulkan di hadapan saya.
Wahai orang yang dapat bersabar untuk menyendiri, yang dibukakan baginya pintu pengetahuan dan wawasan yang bersabar hanya berteman buku, jangan kamu bersedih hati dan menyesal kerana telah kehilangan beberapa hal di luar sana.
Ini kerana sebenarnya kamu hanya kehilangan orang yang iri hati, cepat bosan atau orang yang pemarah.
Sesiapa yang telah merasakan nikmatnya uzlah (menyendiri) bersama buku-buku yang bermanfaat, maka ia tidak akan menginginkan pengganti yang lain, sekalipun ia berupa kerajaan Kisra dan Kaisar.
Sumber: Utusan Malaysia

Pencinta Buku: Bacalah Buku Berulang Kali
Membaca kisah para nabi dan para salafus soleh yang terdahulu merupakan salah satu daripada pembacaan yang cukup bermanfaat, kerana dengannya kita dapat mengambil teladan dalam menjalani kehidupan seharian, meskipun mereka telah lama meninggalkan kita.
Ketika membaca sebahagian kisah ulama Islam di dalam buku-buku yang saya telaah daripada muka surat ke muka surat, antara perkara yang cukup menarik hati saya dan membuatkan saya takjub adalah apabila membaca mengenai ulama yang mempunyai hafalan yang cukup menakjubkan; di mana di antara para ulama Islam ada yang membaca sebuah buku dengan sekali bacaan sahaja mampu menguasai dan menghafal apa yang terkandung di dalam buku berkenaan.
Suka untuk saya mendatangkan satu contoh di sini, sebagaimana yang dinukil dalam sebuah buku yang bertajuk Kejaiban Hafalan Bimbingan Bagi Mereka Yang Ingin Menghafal Al-Qur’an yang diterjemahkan daripada sebuah kitab arab karya Abdul Qoyyum bin Muhammad bin Nashir As-Sahaibani dan Muhammad Taqiyul Islam Qaariy, bahawa telah berkata Jamaluddin As-Sarmadi: “Di antara keajaiban pada masa ini dalam masalah hafalan adalah Ibnu Taimiyyah. Dahulu, dia menelaah satu kitab sekali sahaja, maka telah terpateri di dalam benaknya.” Sememangnya kemampuan yang dimiliki oleh Ibnu Taimiyyah itu adalah satu perkara yang menakjubkan bagi saya!
Sebagai seorang yang minat membaca, saya selalu berharap saya mampu menguasai apa yang terkandung dalam buku dengan hanya sekali bacaan sahaja, sebagaimana sebahagian ulama pada zaman dahulu. Saya percaya, di luar sana tidak sedikit daripada kalangan pencinta buku yang mempunyai keinginan yang sama seperti saya itu.
Namun, hakikatnya diri saya hanyalah insan biasa, bukanlah genius dan sedemikian hebat; mampu menguasai isi yang hendak disampaikan dalam sebuah buku dengan sekali bacaaan semata-mata. Terkadang selepas membaca sebuah buku, saya seakan-akan tidak begitu ingat apa yang telah saya baca, bak kata orang ‘masih kabur’. Mungkin anda pun memiliki masalah yang sama.
Namun itu bukanlah penghalang untuk saya untuk terus membaca dan membuat saya putus asa sehingga berhenti membaca.
Adalah menjadi kebiasaan saya sebelum ini, apabila telah selesai membaca buku dengan sekali bacaan, maka saya tidak akan mengulangi untuk membaca buku berkenaan daripada muka surat pertama sehinggalah ke muka surat yang terakhir, kerana saya beranggapan perkara itu adalah perbuatan membuang masa. Itulah sikap saya sebelum ini. Satu “mind set” sebenarnya perlu dinilai semula.
Baru-baru ini saya membaca sebuah buku bertajuk Kelebihan dan Keutamaan Menuntut Ilmu, yang asalnya sebuah kitab arab bertajuk Kaifa Tatahammas Li Thalabil ‘Ilmisy Syar’ie karya Abul Qa’qa Muhammad bin Shalih, kemudian diterjemahkan ke dalam bahasa melayu. Di dalam buku berkenaan dimuatkan 102 metode bagaimana untuk memotivasikan seseorang dalam menuntut ilmu syar’ie yang dicedok daripada kehidupan para ulama Islam.
Dan antara perkara yang saya dapat jadikan iktibar daripada buku berkenaan, kejayaan tidak akan datang bergolek dan manusia tidak akan memperolehi ilmu dengan bersenang-senangan. Apatah lagi bermalas-malasan!
Sebagai mana kata-kata seorang ulama, ilmu itu tidak akan diperolehi dengan tubuh yang bersenang-senangan dan bermalasan-malasan.
Sekiranya ingin menguasai apa yang terkandung dalam sebuah buku, maka kita tidak boleh bosan untuk membaca sebuah buku berulang kali. Usaha membaca berulang kali perlu dilakukan, barulah apa yang kita baca dapat kita kuasai dan fahami dengan sebaiknya. Inilah yang dilakukan oleh para ulama terdahulu.
Saya percaya, diluar sana ada ramai sudah maklum dan faham perkara ini dan tidak perlu untuk saya beritakan. Namun, bukanlah tujuan utama saya untuk memberitakan yang sedemikian, tetapi yang pertama sekali, saya tujukan penulisan ini buat diri saya sendiri. Semoga saya tidak mudah melupakannya.
Insya’ Allah, seterusnya saya akan sebutkan sedikit contoh mengenai sikap para ulama dalam usaha membaca sebuah kitab berulang-ulang kali.
Abul Qa’qa Muhammad bin Shalih menyatakan dalam bukunya Kaifa Tatahammas Li Thalabil ‘Ilmisy Syar’ie: Imam An-Nawawi ketika menulis biografi Imam Abdul Ghafir bin Muhammad Al-Farisi, telah berkata: “Al-Hafiz Al-Hasan As-Samarqandi membaca Sahih Muslim lebih daripada 30 kali. Dan Abu Sa’id Al-Buhairi membaca Sahih Muslim di hadapannya lebih daripada 20 kali.”
Disebutkan lagi dalam buku berkenaan, seorang ulama yang bernama Abu Bakar Al-Abhari, telah membaca kitab Mukhtasar Ibnu Abi Hakam sebanyak 500 kali, As-Asadiyah sebanyak 75 kali, Mukhtasar Al-Barqi sebanyak 70 kali, Al-Mabsuth sebanyak 70 kali dan Al-Muwaththa' karya Imam Malik sebanyak 45 kali.
Dr. ‘Aid Abdullah Al-Qarni menyatakan dalam kitabnya Miftahun Najah yang telah diterjemahkan dengan tajuk Kunci Kejayaan Minda, seorang alim daripada Andalusia telah mengkhatamkan bacaan Sahih Bukhari sebanyak 700 kali dan anak murid Imam Asy-Syafi’e, iaitu Al-Muzani telah mengkhatamkan bacaan kitab Ar-Risalah karya gurunya itu sebanyak 500 kali!
Sekian sahaja penulisan yang serba ringkas ini, semoga ianya akan memberikan manfaat terutamanya kepada diri saya sendiri, seterusnya kepada anda yang membaca penulisan ringkas ini.
Akhir sekali saya tinggalkan anda dengan kata-kata seorang bloggers wanita daripada jomsewabuku.blogspot.com dengan katanya: “Saya ingin anda membaca dan terus mengulangi dan mengulanginya sehinggalah buku itu lusuh!”
Wallahu ‘alam.
Rujukan:
* Dr. ‘Aid Abdullah Al-Qarni, Miftahun Najah (Edisi Terjemahan: Kunci Kejayaan Minda, Penterjemah: Abdul Arham Mat), Telaga Biri Sdn. Bhd, Cetakan pertama, 2008.
* Abul Qa’qa Muhammad bin Shalih, Kaifa Tatahammas Li Thalabil ‘Ilmisy Syar’ie (Edisi Terjemahan: Keutamaan dan Kelebihan Menuntut Ilmu, Penterjemah: Nurul Mukhlisin), Crescent Sdn. Bhd, 2010.
* Abdul Qoyyum bin Muhammad bin Nashir As-Sahaibani dan Muhammad Taqiyul Islam Qaariy, Keajaiban Hafalan Bimbingan Bagi Yang Ingin Menghafal Al-Qur’an (Penterjemah: Ummu Abbas), Pustaka Al-Haura’, Cetakan kedua, 1430 Hijriah.
* Jomsewabuku.blogspot.com.
Sumber: al-fikrah.net

Subscribe to:
Posts (Atom)